MyQadha App
MyQadha – aplikasi mudah alih untuk membantu umat Islam mencatat dan menjejak ibadah qadha solat dan puasa dengan cara yang mudah dan teratur.
Ramai antara kita sedar bahawa ada solat atau puasa yang pernah tertinggal, akan tetapi sukar untuk menjejak dan memastikan semuanya diganti dengan betul. Di sinilah MyQadha berperanan. Ia membolehkan pengguna merekod setiap amalan yang diganti, melihat perkembangan dari masa ke semasa, dan kekal bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab ini sedikit demi sedikit.

Aplikasi ini sesuai untuk:
- Mereka yang ingin mengganti solat dan puasa secara tersusun.
- Sesiapa yang baru mula belajar tentang qadha.
- Ibu bapa atau pendidik yang ingin mendidik keluarga tentang tanggungjawab ibadah.
Pendek kata, MyQadha untuk semua yang mahu memperbaiki dan melengkapkan ibadah yang ditinggalkan.
✅ Rekod qadha solat & puasa harian.
📊 Lihat statistik mingguan, bulanan & tahunan.
💰 Auto-kira fidyah mengikut tahun tertinggal.
🗂️ Simpan & pindahkan data dengan mudah.
🌗 Reka bentuk yang ringkas capai tujuan asal.
- Google Play Store
Apple App Store(Akan datang)
MyQadha bukan sekadar aplikasi catatan ibadah, tetapi satu inisiatif untuk membina disiplin kerohanian dan kesedaran tentang tanggungjawab agama dalam amalan fardhu. Dengan fungsi yang lengkap, antara muka moden, dan fokus terhadap kemudahan pengguna, aplikasi ini menjadi alat bantu penting dalam perjalanan seseorang untuk menyempurnakan ibadah dengan tertib dan istiqamah.
Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan, boleh hantar ke email: taufiknayan@gmail.com








